WhatsApp Memperkenalkan Sokongan Pengiklanan Pada WhatsApp Status
Aman
Meta hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan pengiklanan pada WhatsApp Status. Melaluinya, kini apabila anda melihat perkongsian Status (variasi ciri Stories pada WhatsApp), anda turut akan diselangkan dengan paparan iklan.

Pihak WhatsApp menekankan yang mana privasi turut akan menjadi keutamaan. Ini sekaligus membuatkan bentuk sasaran iklan adalah berasaskan kepada lokasi – dan tiada data berbentuk peribadi untuk penyasaran iklan. Sekiranya seseorang pengguna sedia menambah akaun WhatsApp mereka pada Meta Account Center, maka data berkaitan iklan diminati turut akan diambil kira dalam memaparkan iklan.
Pada hari ini, ia dikatakan lebih 1.5 bilion pengguna mengakses ciri Status ini setiap hari, sekaligus membuatkan ia adalah salah satu bentuk platform capaian yang baik untuk perniagaan, terutamanya pengguna WhatsApp Business.
Pengenalan ciri pengiklanan ini akan dilakukan secara berperingkat bermula hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.