Laman Nexus Mod Dijual Pemilik Kerana Tidak Tahan Tekanan Kerja
Effi Saharudin
Laman Nexus Mods telah dijual oleh pemiliknya Robin “Dark0ne” Scott. Dalam satu blog yang diterbitkan semalam, Dark0ne berkata laman terpaksa dijual kerana tekanan kerja yang tidak henti-henti sejak laman memulakan operasi 24 tahun yang lalu.

Nexus Mods menjadi tumpuan peminat yang ingin menambah kandungan tidak rasmi ke dalam permainan PC mereka. Bermula dengan kandungan Morrowind ia kini menempatkan lebih 700,000 mod seperti mengubah naga Skyrim menjadi Macho Man, menambah ciri yang dipotong dalam KoTor 2 dan membolehkan permainan lama seperti Fallout 4 dimainkan pada komputer Windows 11.
Walaupun laman telah dijual, identiti pemilik baharu belum didedahkan tetapi ura-ura mengatakan ia adalah syarikat dari Denmark. Dark0ne masih akan membantu laman cuma tidak terlibat dengan operasi harian. Pemilik baharu bersetuju tidak mengubah nilai atau arah tujuan platform dengan komuniti Nexus Mods akan menjadi tumpuan utama.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.