Elba Melancarkan Mesin Basuh, Pencuci Pinggan dan Hampagas Baharu Untuk Pasaran Malaysia
Effi Saharudin
Elba hari ini melancarkan beberapa model baharu mesin basuh, pencuci pinggan dan pencuci lantai untuk pasaran Malaysia ketika acar Elba Dealer Convention 2025. Di acara ini Elba menunjukkan pengembangan strategik menghasilkan ekosistem penyelesaian dalam rumah yang lengkap.

Produk yang menjadi tumpuan ialah tiga siri mesin basuh baharu iaitu Queluxe, LavaWave dan Elysian. Queluxe ialah siri mesin basuh muatan depan dengan sistem PerfectDose yang memasukkan bahan pencuci secara automatik, rekaan SpaceSaver yang menjimatkan penggunaan ruang, dan sistem Drum Clean+ yang membersihkan kebuk basuhan secara kendiri.
Siri LavaWave juga ialah siri mesin basuh muatan depan dengan inverter Silent DD untuk operasi yang senyap sementara Ultramax Door pula memudahkan muatan dimasukkan untuk dicuci. Sistem Lava Stream pula memberikan basuhan mendalam yang menghapuskan bakteria, alergen dan juga keduatan.

Akhir sekali ialah siri Elysian yang merupakan dari jenis muatan atas dengan sistem Ultra Stain Wash yang mengawal kelajuan air basuh berdasarkan pakaian yang dibasuh. Seperti LavWave, ia turut dilengkapi sistem Silent DD Inverter untuk basuhan yang senyap.
Turut diperlihatkan ialah mesin pembersih hampagas nirwayar siri AirGLIDE, pencuci lantai siri HYDRO Cleanse dan mesin pencuci pinggan. Mesin pencuci pinggan hadir dengan sistem AquaBeam UV yang menstrerilkan basuhan dan juga Fresh Air Storage yang memastikan kebersihan pinggan mangkuk sehingga 168 jam selepas dicuci.

Kesemua produk yang dilancarkan hari ini akan mula dijual di Malaysia bermula bulan Jun ini. Harga jualan kesemua produk akan diumumkan selepas jualan dibuka.