Saintis China Berjaya Memancarkan Sambungan Internet 1Gbps Dari Angkasa Ke Permukaan Bumi
Nazrin
Sambungan internet satelit merupakan satu perkhidmatan yang sangat berguna, khususnya untuk mereka yang menetap di kawasan pendalaman ataupun mereka yang sering ke kawasan-kawasan tersebut, tetapi masih mahu bersambung ke dunia luar melalui Internet.
Perkhidmatan seperti Starlink dan Connectmenow dilihat sangat berguna untuk mendapatkan sambungan internet asas (5-10Mbps) dari lokasi-lokasi sedemikian, tetapi bagaimana jika anda mahu atau memerlukan sambungan yang lebih pantas.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa sekumpulan saintis dari China yang diketuai oleh Wu Jian, seorang profesor dari Peking University of Posts and Telecommunications dan Liu Chao dari Chinese Academy of Sciences telah berjaya memancarkan sambungan internet satelit dari satelit angkasa lepas ke permukaan bumi dengan kelajuan penghantaran data 1Gbps.

Kelajuan sambungan internet satelit secara teknikalnya adalah laju, tetapi oleh kerana gelora atmosfera (atmospheric turbulence), dan oleh kerana ini, satelit-satelit syarikat seperti Starlink hanya terletak beberapa ratus kilometer dari permukaan bumi.
Untuk percubaan terbaru ini, ia dilaporkan bahawa satelit kumpulan saintis China ini terletak 36 ribu kilometer dari permukaan bumi, dan telah berjaya memancar sambungan sepantas 1Gbps.
Ini dapat dilakukan dengan menggunakan laser 2 Watt dan teknologi AO-MDR yang menggabungkan teknik adaptive optics dan mode diversity reception membolehkan pancaran laser tersebut untuk menembusi lapisan gelora atmosfera dan menghantar data pada kadar yang tinggi tersebut.
Eksperimen ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa sambungan internet melalui satelit boleh hadir dengan kelajuan pantas menandingi sambungan internet kabel gentian optik. Samada teknologi ini boleh dikomersilkan masih lagi menunggu jawapan.
[sumber]South China Morning Post[/sumber]