ChatGPT Kini Menambah Sokongan Janaan Imej Melalui WhatsApp
June 17, 2025
Kecerdasan Buatan
Aman
ChatGPT sebelum ini telah memperkenalkan sokongan bertanyakan sesuatu perkara terus melalui WhatsApp, sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan atau bertanyakan sesuatu perkara melalui aplikasi permesejan popular berkenaan.

Kini, melalui kemaskini terbaru ChatGPT untuk WhatsApp, ciri janaan imej turut diperkenalkan. Dengan langkah ini, sesiapa sahaja boleh meminta ChatGPT jana gambar terus melalui WhatsApp. Seperti biasa, selepas meminta ChatGPT menjana gambar, ia akan mengambil masa seketika, dan seterusnya menghantar gambar kepada pengguna.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh menambah ChatGPT, dengan menambah nombor telefon 1-800-242-8478.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.