xAI Milik Elon Musk Dilaporkan Dalam Proses Meraih Suntikan Pelaburan $4.3 Bilion
Aman
xAI merupakan syarikat milik Elon Musk yang mengabungkan firma kecerdasan buatan dan juga media sosial X. Terbaru, dalam usaha untuk terus memastikan kelangsungan syarikat terjaga, Elon Musk dilaporkan dalam proses untuk meraih suntikan dana pelaburan, berjumlah $4.3 bilion.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi pihak mana yang berminat dalam mendapatkan ekuiti pada xAI, dan akan menyertai pelaburan ini.
xAI sedia popular dengan penawaran Grok, yang bukan sahaja ditawarkan secara berasingan melalui aplikasi khusus, tetapi turut diintegrasikan terus di X, selain ditawarkan melalui Telegram. Ia sedia popular dalam kalangan pengguna X dalam mendapatkan sejumlah konteks tambahan berkenaan sesuatu perbincangan.
Dengan persaingan dalam arena kecerdasan buatan, mungkin dana ini diperlukan untuk tujuan bukan sahaja bakat pekerja, tetapi juga untuk menampung infrastruktur dan juga melatih model-model baharu yang terkini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.