(Dikemaskini) Maybank Umum Gangguan Sementara Pada Aplikasi MAE
Amy Maizuraa
Dikemas kini: Setakat jam 11:20 malam, Maybank menerusi kenyataan terkini di X memaklumkan bahawa aplikasi MAE kini boleh diakses semula. Hasil semakan kami turut mendapati aplikasi tersebut berfungsi seperti biasa buat masa ini.
Maybank memaklumkan bahawa aplikasi MAE sedang mengalami gangguan sementara yang turut menjejaskan beberapa perkhidmatan terpilih. Meskipun dimaklumkan bahawa fungsi utama masih boleh digunakan, tinjauan semasa mendapati aplikasi tersebut tidak dapat diakses sepenuhnya dengan paparan “Be Right Back” muncul apabila kami cuba membukanya setakat artikel ini ditulis.

Sebagai langkah alternatif, pelanggan disarankan untuk melaksanakan transaksi melalui laman web rasmi Maybank2U yang beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan memaklumkan bahawa usaha sedang giat dijalankan bagi memulihkan perkhidmatan yang terjejas dalam masa terdekat.