Leica Monopan 50 Ialah Filem 35mm Keluaran Pertama Mereka Untuk Foto Hitam Putih
Nazrin
Tahukah anda bahawa bahawa Leica cukup terkenal untuk kamera-kamera filem mereka, yang bermula sejak awal era 1900, mereka tidak perman menghasilkan filem kamera mereka sendiri? Kamera filem 35mm pertama mereka, Leica 1 yang diperkenalkan sejak tahun 1925 semuanya menggunakan filem kamera daripada pembuat-pembuat lain.

Terkini, bersempena ulang-tahun ke-100 kamera Leica 1 tersebut, Leica telah memperkenalkan gulungan filem kamera pertama mereka, yang dinamakan Leica Monopan 50. Filem ini boleh digunakan dengan mana-mana kamera filem 35mm dan setiap gulung boleh digunakan untuk miengambil 36 gambar hitam dan putih.
Leica Monopan 50 ini juga hadir dengan tahap sensitiviti cahaya rendah, pada ISO 50, jadi pengguna akan perlu memastikan bahawa tetapan apertur dan kelajuan katup ditetapkan dengan lebih tinggi untuk membolehkan lebih banyak cahaya kena pada filem.
Filem ini akan mula dijual tidak lama lagi, dan menurut Leica, ia akan dijual paad harga £10 (~RM57), dan akan diperkenalkan di pasaran-pasaran terpilih di seluruh dunia tidak lama lagi. Kami telah bertanyakan kepada pihak Leica Malaysia jika ia akan dijual di sini, dan akan mengemaskini artikel ini dengan butiran tersebut kelak.
[sumber]Vice[/sumber]