Starship Meletup Lagi Ketika Ujian Statik
Effi Saharudin
Kapal angkasa Starship yang ingin digunakan untuk ujian pelancaran ke-10 meletup ketika dalam proses menjalankan ujian enjin statik di Texas semalam. Menurut SpaceX, kapal angkasa Ship 36 berjaya melakukan ujian satu enjin awal minggu ini dan dalam proses mengisi bahan api untuk ujian enam enjin apabila ia meletup secara tiba-tiba.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilakukan tetapi letupan menghasilkan bola api gergasi yang merosakkan struktur berhampiran tapak ujian. Setakat ini ketiga-tiga ujian pelancaran Starship dalam tahun 2025 berakhir dengan kegagalan dan kesemua kapal angkasa meletup. Daripada 9 misi ujian yang dilakukan, 5 daripada gagal atas pelbagai sebab.

Insiden semalam akan menambahkan lagi masalah kepada SpaceX yang sudahpun gagal mencapai sasaran yang diletakkan sebelum ini bagi membolehkan Starship digunakan dalam Misi Artemis menghantar angkasawan kembali ke permukaan bulan.