Sega Menawarkan 9 Permua Klasik Yang Dahulunya Berbayar Secara Percuma
Effi Saharudin
Perhatian peminat permua klasik era Sega Genesis, Sega CD dan Sega Dreamcast di Android serta iOS. Anda kini boleh memuat turun sembilan permua yang dahulunya perlu dibeli atau disokong dengan iklan secara percum. Kesemua permua ini ditawarkan menerusi program SEGA Forever sejak 2017.

Apabila aplikasi dibuka, notifikasi permua tidak lagi akan disokong akan dipaparkan. Tiada lagi ciri melakukan pembelian dalam aplikasi atau iklan dipaparkan. Sega tidak pula mengatakan sama ada kesemua permua ini akan ditarik daripada stor aplikasi dalam masa terdekat.
Tetapi jika anda seperti saya yang adalah peminat tegar Crazy Taxi Classic dan Streets of Rage, ini ialah masa paling tepat untuk memuat turun permainan ini. Senarai 9 permua yang boleh dimuat turun percuma adalah seperti di bawah.
- Crazy Taxi Classic (iOS, Android)
- Golden Axe Classics (iOS, Android)
- Shining Force Classics (iOS, Android)
- Sonic CD Classic (iOS, Android)
- Sonic the Hedgehog 4 Ep. II (iOS, Android)
- Streets of Rage Classic (iOS, Android)
- Streets of Rage 2 Classic (iOS, Android)
- Super Monkey Ball: Sakura Edition (iOS, Android)
- Virtua Tennis Challenge (iOS, Android)