Netflix Akan Menambah Saluran Siaran TV Langsung Untuk Pengguna Di Perancis
Aman
Netflix sedia menawarkan pelbagai variasi kandungan melalui platform mereka. Tidak setakat itu, kini Netflix turut telah memeterai perjanjian bersama penyiar saluran televisyen di Perancis, dimana mereka akan menambah lima saluran televisyen daripada gergasi penyiar Perancis.
Dengan langkah ini, pengguna di Perancis boleh mengakses kepada kandungan siaran TV langsung melalui platform Netflix, tanpa perlu bergantung kepada kaca televisyen sahaja. Ini juga secara tidak langsung akan membolehkan lebih ramai pengguna muda untuk kekal menonton siaran TV langsung, selain membantu dalam penjenamaan dalam kalangan pengguna digital.
Tidak mustahil juga sekiranya kerjasama ini berjaya dan positif, Netflix memperluaskan penawaran lebih kurang sama ke negara-negara lain seluruh dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.