Touch n Go eWallet Menambah Integrasi Setel – Memudahkan Isi Minyak Di Petronas
June 23, 2025
Aplikasi
Aman
Touch n Go eWallet kini telah menambah aplikasi mini Setel, sekaligus memudahkan para pengguna untuk melakukan pembayaran untuk pengisian minyak di stesen Petronas.
Aplikasi mini Setel ini membawa antaramuka yang lebih kurang sama seperti aplikasi Setel sedia ada, tetapi diintegrasikan bersama dompet digital Touch n Go eWallet untuk memudahkan pembayaran.

Bersempena dengan pengenalan ini juga, mata ganjaran Mesra bernilai RM5 akan ditawarkan kepada 50,000 pelanggan pertama yang melakukan transaksi melalui TNG eWallet ini.
Bagi anda yang menggunakan TNG eWallet, boleh menyemak penawaran baharu ini melalui bahagian aplikasi mini pada dompet digital berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.