Individu Disaman 10 Ribu Euro Dan Dipenjara 5 Tahun Kerana Melarikan Laman Web Cetak Rompak
Nazrin
Era awal 2000, khususnya sekitar 2010-2015 memprrlihatkan penggunaan perkhidmatan memuat-turun BitTorrent sebagai cara paling popular untuk orang ramai memuat-turun kandungan. Malah pada satu masa, trafik BitTorrent merupakan sebab besar mengapa orang ramai menggunakan internet pada ketika itu.
Diantara laman web cetak rompak popular yang menggunakan teknologi BitTorrent adalah seperti The Pirate Bay dan juga P2Planet yang membolehkan orang ramai untuk berkongsi dan memuat-turun fail video siri televisyen, filem, perisian permainan komputer dan lain-lain.
Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa pemilik P2Planet pada sekitar 2011-2014, iaitu seorang lelaki berumur 59 tahun dari Greece telah disaman sebanyak 10 ribu Euro (~RM49 ribu) dan akan dipenjara selama lima tahun.

Mahkamah tersebut telah mendapati bahawa pada 2014, laman web tersebut mempunyai sekitar 44 ribu orang pengguna dan telah merumahkan 14 ribu fail torrent.
Butiran beliau dan pengguna-pengguna lain di laman web tersebut telah terdedah melalui sebuah serangan DDoS yang membongkar pangkalan data laman web tersebut, dan jangkaan orang ramai dari situlah bagaimana kerajaan Greece menemui jalan untuk menangkap individu ini.
Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Greece telah mengatakan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan cetak rompak. Malah, apabila pemilik P2Planet ini disabitkan kesalahan, dia telah terus ditangkap oleh pihak polis dan dimasukkan ke dalam penjara, walaupun di masih menunggu untuk keputusan rayuan.
[sumber]Torrentfreak[/sumber]