Cip Exynos 2500 Dilancarkan Secara Rasmi
Amy Maizuraa
Samsung secara rasmi telah melancarkan cip terbaharu Exynos 2500 yang dibangunkan menggunakan teknologi 3nm Gate-All-Around (GAA). Ia menampilkan konfigurasi 1 x Cortex-X5 (ARM Cortex-X925) pada 3.3GHz, 2 x Cortex-A725 pada 2.74GHz, 5 x Cortex-A725 pada 2.36GHz dan 2 x Cortex-A520 pada 1.8GHz.

Cip ini dilengkapi dengan unit pemproses grafik Samsung Xclipse 950 berasaskan seni bina AMD RDNA 3. GPU ini menyokong ray tracing untuk memberikan pengalaman permua yang lebih realistik. Ia turut menyokong paparan beresolusi sehingga 4K dan kadar segar semula setinggi 120Hz.

Exynos 2500 turut hadir dengan NPU berkuasa tinggi yang mampu mencapai sehingga 59 trilion operasi sesaat (TOPS) dengan peningkatan 39% prestasi AI pada peranti. Cip ini turut menyokong storan jenis LPDDR5X RAM dan UFS 4.0. Selain itu, ISP pada Exynos 2500 menyokong sensor kamera sehingga 320MP dan keupayaan rakaman video 8K30FPS.
Melengkapi keupayaannya ialah modem Exynos 5400 yang menyokong piawaian 3GPP Rel. 17 termasuk sambungan 5G mmWave dengan kelajuan muat turun mencecah 12.1Gbps. Ciri sambungan lain yang turut disokong termasuk sambungan satelit, Bluetooth 5.4, dan Wi-Fi 7.

Cip ini dijangka akan digunakan dalam Galaxy Z Flip 7 yang menjadikannya peranti pertama yang menggunakan Exynos 2500 secara global.
[sumber] samsung [/sumber]