Google Mendermakan Protokol Agent2Agent (A2A) Kepada Linux Foundation
Effi Saharudin
April lalu melancarkan protokol Agent2Agent (A2A) yang membolehkan pelbagai agen kecerdasan buatan (AI) bekerjasama antara satu sama lain. Hari ini ketika acara Open Source Summit North America, the Linux Foundation mengumumkan projek Agent2Agent dengan Amazon Web Services, Cisco, Google, Microsoft, Salesforce, SAP, dan ServiceNow.

Google mendermakan A2A terus kepada Linux Foundation untuk diuruskan bagi memupuk ekosistem terbuka dan saling beroperasi untuk pelbagai ejen AI. Sejak diumumkan dua bulan lalu, lebih daripada 100 syarikat kini menyokong protokol ini, dengan AWS dan Cisco adalah dua ahli terbarunya. Mereka menyertai Atlassian, Box, Cohere, Intuit, Langchain, MongoDB, PayPal, Salesforce, SAP, ServiceNow, UKG, Workday, Accenture, BCG, Capgemini, Cognizant, Deloitte, HCLTech, Infosys, KPMG, McKinsey, PwC, TCS, dan Wipro.
Dengan protokol uang sama, ejen AI boleh menemui keupayaan satu sama lain, bertukar-tukar maklumat dengan selamat dan menyelaraskan tugas yang kompleks.