Ulang Tahun Keempat Sooka – Hiburan Hebat, Ganjaran Berganda
Amy Maizuraa
Tahun ini, sooka mencipta satu lagi detik bersejarah dengan sambutan ulang tahunnya yang keempat. Di sebalik kesibukan rutin harian yang kian mencabar, sooka kekal sebagai teman hiburan setia menerusi pelbagai tawaran eksklusif yang direka khusus untuk menceriakan hari anda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Sama ada anda berehat seketika di pejabat atau bersantai di rumah selepas seharian bekerja, sooka menyediakan pengalaman tontonan yang lancar serta diperibadikan sepenuhnya. Stick sooka yang telah dinaik taraf kini menampilkan kandungan sukan dalam resolusi 4K UHD, bersama-sama fungsi navigasi yang mesra pengguna dan cadangan kandungan automatik berdasarkan minat anda.

Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan yang diperkenalkan, beberapa ciri baharu turut ditambah antaranya:
- Antara muka pengguna (UI) yang diperbaharui kini menampilkan penambahan tab baru seperti “Live” dan “You May Also Like” yang membolehkan pengguna melayari kandungan dengan lebih mudah serta mengikut citarasa masing-masing.

- Sokongan carian suara (voice search) kini membolehkan anda menemui rancangan kegemaran dengan mudah dengan hanya melalui arahan suara, tanpa perlu menaip.
- Ciri “Zoom to Fit” bagi memastikan paparan kandungan di peranti mudah alih sentiasa terisi sepenuhnya tanpa ruang kosong hitam di sisi skrin.
- Fungsi jeda sehingga 3 minit untuk siaran langsung menerusi aplikasi mudah alih memberikan pengguna kemudahan tambahan untuk mengawal tontonan mengikut keselesaan sendiri.
- Panduan Program Elektronik (PPG) memudahkan anda menjejaki siaran langsung dan kandungan VOD kegemaran dengan hanya beberapa sentuhan di hujung jari.

- AI Chatbot 24/7 yang sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan teknikal serta-merta. Jika isu tidak dapat diselesaikan secara langsung, chatbot ini akan menyerahkannya terus kepada pasukan sokongan yang berkaitan bagi memastikan penyelesaian yang berkesan.
- Sistem cadangan kandungan pintar yang berasaskan tabiat tontonan pengguna membolehkan enjin “Keep Watching” mencadangkan drama, sukan atau rancangan yang sepadan dengan minat anda untuk pengalaman tontonan yang lebih relevan.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada para penonton, sooka menawarkan akses percuma selama 10 hari ke pelan Sports & Entertainment dengan menggunakan kod promosi “HBDSOOKA”.
Semua pengguna turut berpeluang memenangi sebuah Smart TV LG 86” 4K UHD atau sooka TV Stick setiap hari selama 30 hari. Selain itu, sooka TV Stick (harga pasaran: RM349) kini boleh didapati secara percuma dengan pembelian pelan enam bulan sooka Premium pada harga RM249.

Tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk pas tahunan juga boleh didapati di laman web rasmi sooka bermula 26 Jun 2025 untuk tempoh masa terhad memberikan akses selama 24 bulan pada harga bermula serendah RM149.
Turut bakal diperkenalkan ialah bundel eksklusif bersama syarikat telekomunikasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat bagi memudahkan akses kepada kandungan hiburan yang lebih meluas dan berbaloi untuk khalayak umum.


Dengan lebih 1.1 juta pengguna aktif setiap bulan, sooka terus memahami tabiat tontonan unik rakyat Malaysia daripada menonton drama selepas tengah malam, mengikuti sukan hanya beberapa minit sebelum perlawanan bermula, hinggalah kepada kecenderungan menonton pelbagai jenis kandungan dalam satu sesi. Ini mencerminkan keperluan terhadap platform hiburan yang bersifat menyeluruh dan mudah digunakan.


sooka juga mengumumkan pencapaian pertumbuhan tahunan sebanyak 100% bagi pelanggan berbayar dengan pertambahan 65% pengguna baharu. Kini, 97% daripada pelanggan ialah pengguna berbayar aktif manakala kadar pengguna aktif bulanan (monthly effective users) telah meningkat sebanyak 10%. Aplikasi sooka kini berada dalam senarai lima aplikasi dengan kutipan tertinggi di Google Play Store, menerima penarafan 4.6 bintang di Play Store dan 4.2 bintang di App Store.


Walaupun ada yang beranggapan bahawa sooka bersaing secara langsung dengan Astro GO, hakikatnya kedua-dua platform ini saling melengkapi. Astro menguasai segmen pasaran keluarga, manakala sooka berjaya menarik audiens yang lebih muda melalui pendekatan mudah alih yang mudah digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Selagi sokongan berterusan diberikan, sooka komited untuk kekal relevan serta terus berkembang seiring dengan kehendak dan gaya hidup pengguna.
sooka ada kesemuanya! Muat turun aplikasi sooka di Apple App Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan di semua platform Smart TV utama. Untuk maklumat lanjut tentang sooka dan sooka TV Stick, sila layari https://sooka.my/m/tv-stick.
Penafian: Advertorial ini daripada Astro