Spesifikasi Akhir HDMI 2.2 Diumumkan- Menyokong Resolusi Sehingga 16K
Effi Saharudin
HDMI Forum telah mengumumkan spesifikasi akhir untuk HDMI 2.2 yang diumumkan pada Januari yang lalu. Seperti pengumuman lima bulan lalu, HDMI 2.2 akan menyokong penghantaran video sehingga resolusi 16K 60p. Ini mampu dilakukan kerana HDMI 2.2 mempunyai jalur lebar 96Gbps yang adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding HDMI 2.1.

Selain itu resolusi video 12K 120p, 8K60p 4:4:4 dan 4K 240p 4:4:4 pada tetapan warna 10-bit dan 12-bit turut disokong. Turut dimuktamadkan ialah sokongan Latency Indication Protocol (LIP), HDR dinamik, Source-Based Tone Mapping (SBTM) serta eARC dipertingkat. Bagi golongan gamer pula, VRR, ALLM, QFT, Quick Media Switching (QMS), dan kuasa menggunakan HDMI juga dipertingkatkan lagi.

Kabel HMDI 2.2 akan mempunyai penjenamaan Ultra96 HDMI dan perlu mempunyai kod QR yang boleh diimbas oleh orang ramai untuk memastikan ia melepasi piawaian sebelum dibeli.