OpenAI Sedang Bangunkan Perisian Produktiviti Menyaingi Microsoft Office
Aman
OpenAI sedia mencipta nama melalui penawaran ChatGPT, yang kini digunakan ratusan juta pengguna seluruh dunia. Tidak setakat itu, kini OpenAI sedang melihat kepada penawaran pelbagai penyelesaian yang membantu pengguna, dan mengekalkan pengguna di platform mereka tanpa perlu bergantung kepada platform lain.
Salah satu yang sedang dibangunkan oleh OpenAI kini adalah sokongan perisian produktiviti, membolehkan pengguna membangunkan dokumen, melakukan penyuntingan, selain berkolaborasi dengan rakan-rakan sekerja lain, termasuk ruangan sembang untuk berkolaborasi antara satu sama lain.
Penawaran ini dijangka akan menyaingi penawaran Microsoft Office dan juga Google Workspace yang kini digunakan ramai.
Selain itu, OpenAI sedia dikatakan sedang membangunkan sebuah pelayar web, integrasi sosial pada ChatGPT, selain perkakasan untuk kecerdasan buatan. Langkah ini dijangka akan membentuk ekosistem lebih menyeluruh, disamping memberikan lebih kemudahan untuk pengguna membuat keputusan dalam melanggan perkhidmatan OpenAI.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah OpenAI akan perkenalkan pesaing Microsoft Office mereka tersendiri ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.