Kedutaan A.S KL : Semua Individu Yang Pohon Visa F, M Atau J Ke Amerika Perlu Mengubah Tetapan Akaun Sosial Kepada Paparan Awam
Aman
Duta Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur, kini melalui akaun sosial di X memaklumkan semua pemohon individu yang melakukan permohonan visa F, M atau J bukan migran, supaya melakukan perubahan tetapan untuk akaun media sosial kepada paparan awam.
Langkah ini dikatakan dalam usaha memudahkan pemprosesan visa berkenaan, dalam melakukan tapisan dan yang berkaitan dengannya sebelum dibenarkan ke Amerika Syarikat.
Ia turut dikatakan yang mana sejak tahun 2019 yang lepas, Amerika Syarikat sedia memerlukan pemohon visa untuk memberikan pengenalan media sosial masing-masing pada borang permohonan. Langkah ini adalah dalam memudahkan penapisan individu dilakukan, dan mengelak sebarang ancaman ke keselamatan negara Amerika Syarikat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.