NASA+ Akan Ditawarkan Melalui Netflix Tidak Lama Lagi
July 1, 2025
Sains
Aman
NASA kini mengumumkan mereka kelak akan mulakan siaran NASA+ terus melalui Netflix. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi pengguna dan penonton untuk mengakses rancangan dan siaran mereka.
NASA+ ditawarkan secara percuma pada hari ini, tanpa sebarang iklan. Namun, untuk mengaksesnya perlulah melalui web rasminya atau melalui aplikasi NASA. Perkara ini mungkin sukar untuk mendapatkan capaian meluas, dan mengambil langkah penawaran melalui Netflix dijangka akan dapat capaian lebih tinggi.
Ini juga secara tidak langsung membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan berkenaan eksplorasi angkasa dan sains terus melalui Netflix.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.