Microsoft Authenticator Akan Matikan Sokongan Kata Laluan Sepenuhnya
Nazrin
Microsoft Authenticator merupakan satu perkhidmatan pengesahan identiti dan menyimpan kata laluan yang dibangunkan oleh Microsoft untuk memudahkan pengguna untuk menyimpan butiran sensitif seperti kata-kata laluan dan butiran kad kredit dengan mudah untuk mengakses akaun dan perkhidmatan atas-talian mereka.
Ia dilihat agak berguna, khususnya apabila anda menggunakan kata laluan yang rumit dan selamat untuk akaun-akaun anda, dan tidak mahu menghafal serangkai abjad dan angka yang panjang. Walaupun begitu, Microsoft telah mengesahkan bahawa perkhidmatan Microsoft Authenticator akan dimatikan sepenuhnya pada bulan hadapan, Ogos 2025.

Malah, perubahan kritikal telah mula diperlihatkan sejak bulan Jun lagi, dimana pengguna tidak lagi boleh memasukkan atau mengimport butiran data sensitif kepada perkhidmatan Authenticator. Bermula bulan ini, fungsi autofill yang mengisikan butiran sensitif secara automatik telah dimatikan, dan pada bulan Ogos 2025, semua kata laluan dan data sensitif yang disimpan akan dipadamkan.
Pengguna dilihat mempunyai banyak pilihan untuk menyimpan kata laluan dan butiran sensitif, termasuklah Google Password Manager, 1Password dan Proton Pass. Mereka yang hanya mahu menyimpan kata laluan secara mudah, anda boleh menggunakan pelayar web Microsoft Edge, yang turut menawarkan ciri autofill untuk pengisian kata laluan yang cepat dan mudah.
[sumber]Microsoft[/sumber]