Grab Memperkenalkan Perkhidmatan Teksi GrabCab Di Singapura
Nazrin
Grab telah membuat nama di Asia Tenggara sebagai salah satu daripada syarikat seru-pandu terbesar di Asia Tenggara, menggantikan khidmat teksi dengan pemandu biasa yang menawarkan kadar pembayaran yang lebih bernas,
Menariknya, Grab di Singapura baru sahaja memperkenalkan perkhidmatan teksi mereka sendiri yang dinamakan GrabCab, yang akan hadir dengan 40 buah kereta buat masa ini, menjadikan Grab sebagai pengelola teksi keenam di negara tersebut.

Perkhidmatan GrabCab ini sudahpun beroperasi bermula bulan Julai 2025 dan hadir dengan tambang bermula S$4.60 (~RM15) untuk kenderaan empat penumpang, manakala kadar jarak ialah 26 sen untuk setiap 400m ke bawah 10km, dan 26 sen untuk setiap 350m selepas 10km. Bayaran sebanyak 26 sen akan dikenakan untuk setiap 45 saat teksi ini perlu menunggu penumpang.
Syarikat pengelola perkhidmatan teksi ini ialah GrabRentals, sebuah anak syarikat dibawah Grab, dan menggunakan 40 buah kereta hybrid Toyota Prius generasi kelima. Mengikuti undang-undang Singapura, GrabCab mempunyai masa tiga tahun untuk menambahkan jumlah teksi mereka ke 800 buah kereta.
[sumber]Straits Times[/sumber]