Infinix Hot 60i Dilancarkan Dengan Cip Helio G81 Ultimate Dan Skrin 120Hz
Amy Maizuraa
Infinix secara rasmi melancarkan model baharu Hot 60i dengan peningkatan yang kecil berbanding pendahulunya. Ia dilengkapi dengan skrin LCD 6.7-inci yang menyokong resolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Mediatek Helio G81 Ultimate bersama pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Storan ini boleh ditingkatkan sehingga 1TB menggunakan kad microSD menjadikannya sesuai untuk pengguna yang memerlukan ruang tambahan. Bateri 5160mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 45W. Peranti turut menggunakan kamera utama 50MP, swafoto 8MP dan perisian XOS 15 berasaskan Android 15 dengan One-Tap AI Button untuk mengakses ciri AI terbina dengan pantas.
