OpenAI Mengetatkan Sekuriti Kerana Ancaman Intipan dan Teknologi Dicuri
Effi Saharudin
OpenAI ialah syarikat yang hanya tiga tahun lalu dikenali segelintir penggemar DoTA tetapi kini setaraf dengan Apple, NVIDIA dan Google kerana kemajuan teknologi ChatGPT. Sebagai syarikat kecerdasan buatan (AI) yang paling dikenali ramai, mereka berhadapan dengan intipan serta teknologi dicuri.
Dalam laporan Financial Times, OpenAI kini menggunakan teknologi biometri seperti imbasan cap jari untuk mengakses bilik tertentu di pejabat. Tahap sekuriti di OpenAI dipertingkatkan sejak penghujung tahun lalu selepas dakwaan diintip oleh pesaing dari China. Sebagai contoh selepas DeepSeek dilancarkan, OpenAI mendakwa moden AI tersebut menggunakan data mereka tanpa kebenaran.

Langkah mengetatkan sekuriti siber turut dipertingkatkan lagi kerana tidak mahu model yang sedang dibangunkan dicuri. Antara yang dilakukan ia menghalang model baharu yang sedang dibangunkan mengakses internet kecuali diperlukan sahaja.
OpenAI, Meta, Microsoft dan Google kesemuanya sedang berlumba-lumba ingin menjadi syarikat pertama berjaya membangunkan kecerdasan am buatan. Isu sekuriti yang dihadapi sekarang adalah hanya salah satu daripada pelbagai isu yang boleh menyekat impian OpenAI. Isu lain yang tidak kurang seriusnya ialah kakitangan dipancing oleh Meta dengan habuan ratusan juta untuk berpindah menyebabkan mereka hilang tenaga kerja yang diperlukan,