Perkhidmatan Grok Digantung Seketika Selepas Mengaku Dirinya Hitler
Effi Saharudin
X menggantung seketika ciri chatbot Grok berbual dengan pengguna pagi tadi selepas ia secara tiba-tiba mengaku dirinya MechaHitler. Jawapan pro Nazi diberikan Grok selepas ditanya oleh pengguna mengenai ketuanan orang putih. Dalam beberapa jawapan balas Grok berkeras mengatakan ia memberikan jawapan berdasarkan fakta sebenar.

Akaun X Grok telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan insiden ini telah berlaku. Jawapan pro Nazi yang diberikan telahpun dipadam dan xAI telah mengambil tindakan untuk melarang ucapan kebencian dimuat naik ke X oleh Grok selepa sini. Sungguhpun begitu ia tidak memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan.
Perkhidmatan menjawab soalan oleh Grok telah kembali berfungsi di X beberapa jam selepas digantung. Isu yang menyebabkan jawapan pro Nazi diberikan telah dikesan dan model AI telah dikemas kini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.