Siri Samsung Galaxy Watch8 Yang Pertama Dilancarkan Dengan Dengan Wear OS 6 dan Gemini Terbina
July 9, 2025
Samsung
Effi Saharudin
Jika Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 terawal menggunakan Android 16 menerusi One UI 8, siri jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch8 pula yang pertama sekali dilancarkan dengan sistem operasi Wear OS 6 menerusi sistem operasi One UI 8 Watch.

Dengan sistem operasi baharu ini juga, ia menjadi jam tangan pertama mempunyai sokongan Gemini secara terbina. Dengan menekan butang sisi, Gemini boleh diseru sama sahaja seperti pada telefon pintar Galaxy. Pelbagai arahan suara boleh diberikan seperti memberikan sarana senaman, arah ke restoran tertentu atau memberi peringatan agenda harian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.