Perplexity Perkenal Pelayar Web Comet Dengan Integrasi AI – Khusus Untuk Pelanggan Berbayar
Aman
Perplexity, salah satu penyedia perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan, kini secara rasminya memperkenalkan pelayar web Comet mereka. Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya, pengguna perlu mempunyai langganan Perplexity Max buat masa ini, dengan sasaran akses untuknya dibuka lebih meluas dalam bulan-bulan akan datang.
Comet hadir dengan integrasi pembantu, yang boleh melakukan sejumlah perkara berasaskan keperluan pengguna – termasuk merancang perjalanan, meringkaskan info, merumuskan idea, membuat draft emel, melakukan temujanji, dan sebagainya. Dengan langkah ini, ia dilihat akan dapat meningkatkan produktiviti para pengguna dengan lebih baik berbanding penggunaan pelayar web lain.
Selain Perplexity, OpenAI turut dikatakan sedang membangunkan pelayar web mereka, selain beberapa penyedia lain turut menawarkan pelayar web dengan integrasi kecerdasan buatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.