Amazon Dilaporkan Merancang Tambah Pelaburan Berbilion Ringgit Pada Anthropic
July 10, 2025
Kecerdasan Buatan
Aman
Amazon sebelum ini sedia melakukan pelaburan $8 bilion pada penyedia perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan Claude, iaitu Anthropic. Tidak setakat itu, kini ia dikatakan Amazon sedang pertimbang untuk menambah lagi pelaburan pada firma berkenaan.

Buat masa ini, nilai pelaburan baharu yang sedang dipertimbangkan tidak dinyatakan, tetapi dijangka akan mencapai berbilion ringgit. Langkah ini juga dijangka memberikan kelebihan kepada Amazon dari segi akses kepada pembangunan kecerdasan buatan.
Selain Amazon, pihak Google sendiri sedia melabur sehingga lebih $3 bilion pada Anthropic setakat ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.