Elon Musk : Grok Akan Ditawarkan Melalui Kereta Tesla, Seawal Minggu Hadapan
Aman
Elon Musk hari ini berkongsi mengatakan perkhidmatan kecerdasan buatan Grok akan ditawarkan melalui kereta-kereta Tesla, seawal minggu hadapan.
Dengan langkah ini, Grok akan menjadi salah satu pembantu maya dikuasakan kecerdasan buatan pada Tesla, membolehkan para pemandu untuk berkomunikasi dan berbual, termasuk bertanyakan sesuatu perkara, atau mengarahkan ia melakukan sesuatu tugasan. Had yang akan disertakan masih tidak diketahui lagi.
Perkongsian ini hadir selari dengan pengenalan model Grok terbaru, iaitu Grok 4 yang ditawarkan untuk pelanggan berbayar.
Tidak setakat pada kereta, Grok juga dijangka menjadi model utama yang akan digunakan pada robot-robot Tesla yang sedang dalam pembangunan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.