Aplikasi Edits Menerima Kemas Kini Baharu Untuk Meningkatkan Kualiti Video Dan Audio
Amy Maizuraa
Instagram menawarkan beberapa ciri baharu untuk aplikasi suntingan videonya Edits. Kini, pengguna Edits boleh melihat maklumat prestasi Reels dengan lebih terperinci. Antara data yang tersedia termasuk jumlah akaun yang telah dicapai serta pilihan untuk menapis Reels berdasarkan bilangan suka, komen dan simpanan. Kemas kini ini membantu pencipta mengenal pasti kandungan paling popular, sekaligus memudahkan penyesuaian strategi untuk menghasilkan video yang lebih menarik bagi audiens.

Edits turut menerima penambahbaikan dari segi keupayaan suntingan audio dalam aplikasi. Dengan pelaras audio baharu yang diperkenalkan, pengguna kini boleh menyesuaikan bunyi video supaya suara tampil lebih jelas dan seimbang. Ciri ini sangat membantu dalam mengurangkan gangguan bunyi latar, sekaligus meningkatkan kualiti rakaman agar kelihatan lebih profesional dan mudah difahami oleh penonton.


Aplikasi juga kini lebih mesra pengguna dengan proses perkongsian lebih mudah. Antaramuka baharu memaparkan aplikasi Meta sebagai pilihan utama untuk perkongsian kandungan, namun pengguna masih diberikan kebebasan untuk berkongsi ke platform lain. Selain itu, ciri eksport terkini membolehkan pengguna memilih fail yang ingin dimuat turun sekaligus menjimatkan ruang storan pada peranti dan memberi kawalan yang lebih kebebasan terhadap kandungan mereka.
[sumber] Instagram [/sumber]