Meta Ambil-Alih Play AI – Syarikat Memfokuskan Agen Suara Dikuasakan AI
Aman
Meta kini menambah satu lagi syarikat dibawah portfolio mereka, iaitu Play AI. Syarikat ini memfokuskan kepada pembangunan agen suara dikuasakan kecerdasan buatan, memberikan pengalaman seumpama sedang berbual bersama manusia.

Meta dijangka menggunakan teknologi Play AI ini dalam sejumlah produk mereka, termasuk untuk menguasakan watak maya, berkomunikasi melalui Meta AI, selain penjanaan kandungan audio yang lain. Ini juga dilihat selari dengan fokus Meta terhadap arena kecerdasan buatan, kaca mata pintar yang memfokuskan komunikasi berasaskan suara, dan juga pembangunan dunia maya mereka.
Nilai pengambil-alihan tidak dinyatakan. Selari pengambil-alihan ini, kesemua pasukan Play AI akan menyertai Meta.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.