WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri Soalan Dalam Channel
Amy Maizuraa
WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pentadbir saluran (Admin Channel) bertanya soalan terbuka kepada pengikut mereka. Ciri ini masih dalam pembangunan dan dijangka akan dilancarkan dalam kemaskini yang akan datang.

Fungsi utamanya membolehkan pentadbir menulis serta berkongsi soalan terbuka dalam saluran. Kemudian pengikut boleh memberikan jawapan secara langsung namun hanya boleh dilihat oleh pentadbir sahaja. Soalan turut boleh diakses melalui lampiran perbualan sama seperti ciri undian (poll). Jika soalan dipadam maka semua jawapan berkaitan juga akan terpadam secara langsung.

Ciri ini direka dengan fokus kepada privasi di mana pengikut lain tidak dapat melihat jawapan orang lain sekaligus mengelakkan perbalahan dan menjaga ruang interaksi yang selamat. Ia turut dijangka memberi nilai tambah kepada jenama dan organisasi yang ingin mendapatkan maklum balas mendalam daripada komuniti mereka. Jangan lupa untuk ikuti saluran Amanz di WhatsApp Channels.