Facebook Akan Mula Memerangi Mereka Yang Muat-Naik Kandungan Tidak Asli, Milik Orang Lain
Aman
Meta kini memaklumkan yang mereka akan memerangi akaun-akaun yang memuat-naik kandungan tidak asli – termasuk yang menggunakan kandungan orang lain dari segi teks, gambar dan juga video.
Langkah ini dilihat dalam usaha mengurangkan masalah kecurian kandungan orang lain, akaun-akaun spam. Meta mengatakan mereka ingin mengatasi masalah muat-naik kandungan daripada penerbit kandungan lain tanpa kebenaran, atau tanpa penambah-baikkan atau sebarang perubahan.
Tidak setakat itu, Facebook juga turut akan memerangi akaun-akaun yang berbentuk spam, atau melakukan keterlibatan palsu pada platform berkenaan. Meta turut memberikan peringatan untuk tidak menyertakan tanda daripada aplikasi lain pada video berkenaan, seperti logo dan sebagainya.
Akaun-akaun yang didapati melakukan perkara ini secara berulang juga akan dihadkan capaiannya, selain dihalang daripada program janaan duit Facebook. Facebook juga turut sedang menguji sebuah ciri yang mengenal-pasti kandungan, dan seterusnya menambah pautan ke kandungan asal.
Perubahan ini dijangka dilaksanakan oleh Meta secara berperingkat pada platform Facebook.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.