Google Mengatakan Pengiklanan Di AI Overviews Untuk Malaysia Akan Datang Pada Penghujung 2025
Aman
Google menjana pendapatan utama mereka melalui pengiklanan. Selari dengannya, melalui perkongsian baru-baru ini di Google Marketing Live Asia Tenggara, pihak Google mengesahkan sokongan pengiklanan untuk Google AI Overviews akan hadir ke pasaran Malaysia pada penghujung tahun 2025 ini.

AI Overviews merupakan ciri pada enjin carian Google, dimana ia memaparkan hasil carian menggunakan sokongan janaan kecerdasan buatan, sekaligus memberikan akses maklumat lebih pantas kepada para pengguna. Google mengatakan kini AI Overviews sedia digunakan lebih 1.5 bilion pengguna seluruh dunia.
Di Malaysia kelak, sokongan pengiklanan akan ditujukan untuk pengguna yang menggunakan enjin carian Google dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu. Ia tidak diketahui bilakah ciri pengiklanan ini akan turut diperkenalkan kepada pengguna yang menggunakan Google dalam bahasa Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.