UGreen MagFlow 25W Ialah Power Bank Pertama Dengan Sokongan Pengecasan Nirwayar Qi 2.2
Nazrin
UGreen baru-baru ini telah memperkenalkan penawaran power bank terbaru mereka, yang dikatakan adalah yang pertama hadir dengan teknologi pengecasan nirwayar Qi 2.2.
Dinamakan UGreen MagFlow 25, power bank ini menyokong pengecasan nirwayar pada kadar 25W, iaitu 10W lebih tinggi daripada kemampuan pengecasan Qi2, yang mempunyai kadar pengecasan 15W.

Seperti yang dapat diperlihatkan pada namanya, UGreen MagFlow 25 juga dilihat menyokong teknologi magnet MagSafe yang dibangunkan oleh Apple, dan ini bermakna bahawa anda boleh menggunakan power bank ini untuk mendapatkan kemampuan pengecasan yang pantas secara nirwayar, mengurangkan bebanan perlu membawa kabel sekiranya peranti iPhone atau Android anda hadir dengan sokongan Magsafe dan pengecasan nirwayar.

Malah, dengan MagFlow 25W, anda tidak perlu membawa kabel walaupun anda memerlukan pengecasan berwayar kerana ia hadir dengan kabel USB Type-C terbina didalamnya.
Sayangnya, buat masa ini, kapasiti bateri UGreen MagFlow 25W dan kepantasan pengecasan berwayar tidak diketahui. UGreen telah mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan sekitar suku ketiga 2025, dan berkemungkinan besar akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.
[sumber]UGreen[/sumber]