Netflix Telah Menggunakan AI Generatif Untuk Menghasilkan Kesan Khas
Effi Saharudin
Adakah kecedasan buatan (AI) generatif cukup bagus untuk menghasilkan kesan khas yang nampak realistik? Jawapannya mungkin yang selepas Netflix mendedahkan mereka telahpun mula menggunakan AI generatif dalam siri The Eternauts. Ini didedahkan oleh CEO Ted Sarandos dimana AI digunakan untuk menghasilkan visual bangunan runtuh di Buenos Aires dalam siri Netflix ini.

Menurut Sarandos, AI generatif digunakan kerana ia menjimatkan kos yang untuk kesan khas yang sebelum ini di luar kemampuan karyawan. Tambah beliau lagi AI generatif turut dapat menghasilkan kesan khas ini 10 kali ganda lebih pantas berbanding teknik tradisional.
Eyeline Studios terlibat dalam menghasilkan kesan khas menggunakan AI generatif dengan ia adalah anak syarikat Netflix yang menguji produksi filem dan siri yang lebih inovatif. AI generatif semasa sudah mempunyai kemampuan yang jauh lebih baik dan realistik berbanding hanya setahun yang lalu. Disney misalnya telah dikecam setahun lalu kerana menggunakan AI menjana animasi untuk Secret Invasion yang kelihatan buruk.
Di Malaysia ia telah digunakan untuk menghasilkan video muzik KRU dan berjaya memperdaya pengguna Facebook tentang kewujudan kereta kabel di Perak sehingga Kementerian Komunikasi kini ingin video AI dilabel dengan jelas.
[sumber] Reuters [/sumber]