Robot Penghantar Barang Di China Kini Boleh Menggunakan Pengangkutan Awam
Effi Saharudin
Penggunaan robot untuk menghantar barang telah dilakukan sejak lima tahun lalu oleh beberapa syarikat terkemuka. Ia dilihat sebagai mod penghantaran jarak dekat kepada pelanggan kerana bateri yang digunakan tidak membolehkan ia melakukan penghantaran terus dari gudang. Di China, robot penghantar barang kini boleh menggunakan pengangkutan awam untuk memanjangkan jarak operasi.

Robot yang dibangunkan oleh Vanke diuji menggunakan sistem kereta api bawah tanah di Shenzhen. Sebanyak 40 robot ini digunakan untuk menghantar barangan ke stor kedai serbaneka 7-Eleven yang terletak di dalam stesen. Selain mampu menaiki pengangkutan awam, ia juga boleh menaiki lif untuk keluar dan masuk daripada stesen.
Ujian masih di peringkat awal dengan Vanke dan 7-Eleven ingin menggunakan sehingga 100 robot membawa barangan ke kedai yang mengalami kekurangan stok barangan tertentu. Pada waktu ini ia beroperasi di luar waktu puncak dengan sistem LiDAR memastikan ia tidak melanggar penumpang manusia ketika menggunakan tren.
[sumber] Popular Science [/sumber]