Pra-tempahan MSI Claw A8 Mula Dibuka Untuk Pasaran Luar China
Nazrin
MSI Claw A8, sebuah konsol PC mudah-alih yang diumumkan pada pertengahan tahun ini sudahpun mula dijual di pasaran China. Ia merupakan konsol permainan PC pertama yang menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z2 Extreme, yang sebelum ini dijangka tiba untuk pengganti ASUS ROG Ally X dan Lenovo Legion Go terlebih dahulu.
Model untuk pasaran China ditawarkan dengan memori dan storan LPDDR5X 24GB dan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB yang boleh ditukar mengikut keperluan pengguna. Ia juga hadir dengan rangka berwarna putih dan hijau.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa pra-tempahan untuk MSI Claw A8 ini sudahpun dibuka untuk pasaran-pasaran luar dari China, khususnya Eropah, yang telah memperlihatkan tanda harganya pada sekitar 976 Euro (~RM4824).

Tanda harga ini dilihat cukup mahal sekali, dan setanding dengan harga beberapa komputer riba gaming kelas pertengahan di pasaran sekarang. Walaupun begitu, jangkaannya ialah konsol ini cukup berkuasa untuk menggerakkan permainan komputer pada resolusi Full HD dan kadar segar semula tinggi pada paparan skrin 8 inci.
Buat masa ini, kami masih sedang menunggu jawapan daripada pihak ASUS Malaysia jika ia akan tiba ke pasaran tempatan seperti MSI Claw 8 dan MSI Claw 8 AI+ sebelum ini.