China Memulakan Pembinaan Empangan Hidro Terbesar Dunia Dengan Output 300 Bilion kWh Setahun
Effi Saharudin
Hujung minggu lalu China memulakan projek pembinaan empangan hidroelektrik terbesar dunia di Sungai Yarlung Tsangpo, Tibet. Projek mega ini akan membekalkan kuasa elektrik sebanyak 300 bilion kWh setahun yang adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Empangan Tiga Gaung yang merupakan empangan hidroelektrik terbesar dunia sekarang dan hampir 10 kali ganda output kuasa kesemua empangan hidroelektrik di Malaysia.

Projek dilancarkan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang pada Sabtu dengan kos pembinaan dianggarkan mencecah 1.2 trilion Yuan (~RM 709 bilion). Masih tidak diketahui bilakah projek akan siap sepenuhnya. Walaupun dibina di China, kuasa elektrik yang dijana adalah untuk keperluan luar. Pembinaan empangan ini telah dirancang sejak 2020 dengan ia hanya diluluskan kerajaan pada Disember 2024.
Pembinaan empangan ini menimbulkan ketegangan diplomatik dengan India dan Bangladesh kerana Sungai Yarlung Tsangpo membekalkan air kepada Sungai Brahmaputra yang mengalir di kedua-dua negara. Wujud kerisauan China menyekat air ke Brahmaputra apabila empangan ini siap kelak.
[sumber] China Daily [/sumber]