Razer Memperkenalkan Siri Aksesori Gaming Bertemakan Pokemon – Razer Pokemon Collection
Nazrin
Razer ialah sebuah syarikat pembuat aksesori gaming yang cukup terkenal, dan mereka sering hadir dengan pelbagai kolaborasi menarik dengan jenama-jenama lain untuk menghasilkan kelengkapan gaming yang serba unik.
Terkini, mereka sekali lagi telah mengumumkan kerjasama bersama The Pokemon Company untuk menghasilkan koleksi aksesori Razer Pokemon Collection. Koleksi aksesori gaming ini terdiri daripada papan kekunci Razer Blackwidow V4 X Pokemon Edition, tetikus gaming Razer Cobra Pokemon Edition, fon kepala Razer Kraken V4 X Pokemon Edition dan pad tetikus Razer Gigantus V2 M Pokemon Edition.

Jika anda seorang peminat Pokemon generasi pertama, yang termasuklah watak Pokemon seperti Charmander, Bulbasaur, Squirtle dan juga Pikachu, anda pastinya akan meminati rekaan-rekaan yang dihasilkan pada aksesori-aksesori ini yang memperlihatkan watak-watak tersebut.




Aksesori-aksesori ini sudahpun mula dijual di pasaran Amerika Syarikat, dan telah disenaraikan di laman web Razer Asia Pasifik, dan dijangka tiba ke pasaran ini pada penghujung bulan Julai.
- Razer Blackwidow V4 X Pokemon Edition – $169.99
- Razer Cobra Pokemon Edition – $59.99
- Razer Kraken V4 X Pokemon Edition – $99.99
- Razer Gigantus V2 M Pokemon Edition – Harga belum diumumkan
Buat masa ini, tanda harga untuk pasaran Asia Pasifik, khususnya Malaysia belum diperlihatkan lagi.
[sumber]Razer Pokemon Collection[/sumber]