Honor Perkenalkan Perlindungan Skrin Retak Dan Jaminan Kualiti Eksklusif Untuk Magic V5
Amy Maizuraa
Honor memperkenalkan polisi servis baharu untuk pengguna Magic V5 di Malaysia yang merangkumi perlindungan skrin retak selama setahun dan jaminan kualiti selama dua tahun. Di bawah inisiatif ini, pengguna boleh mendapatkan penggantian skrin secara percuma untuk kerosakan akibat jatuh, pelanggaran atau tekanan tidak disengajakan dengan bayaran upah serendah RM60.

Polisi perkhidmatan baharu ini mengetengahkan dua inisiatif utama iaitu Worry-Free 1-Year Crack Protection dan 2-Year Quality Assurance yang turut meliputi isu paparan seperti garisan hijau dan kebocoran air. Honor Magic V5 menjadi satu-satunya telefon boleh lipat di pasaran yang menawarkan pelindungan sedemikian untuk memberikan jaminan menyeluruh serta mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap kos baik pulih skrin yang tinggi.

Bagi meningkatkan sokongan penjualan, Honor turut melengkapkan 14 pusat servis di seluruh negara dengan kemudahan pembaikan skrin boleh lipat terus di lokasi. Langkah ini bertujuan mempercepatkan proses baik pulih dan mengurangkan tempoh menunggu agar setiap pengguna peranti boleh menikmati pengalaman servis lebih lancar dan diyakini.
Sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran, pengguna yang membuat pra-tempahan sehingga 24 Julai 2025 akan menerima hadiah bernilai RM3,497 termasuk Harman Kardon Onyx Studio 9 serta pelan perkhidmatan baharu ini.