PB engage MY Akan Ditamatkan Sepenuhnya Mulai 15 Ogos 2025 — Pengguna Diminta Beralih Segera Ke Aplikasi MyPB
July 21, 2025
Aplikasi
Kewangan
Amy Maizuraa
Public Bank mengumumkan bahawa aplikasi perbankan mudah alih sedia ada PB engage MY tidak lagi boleh diakses mulai 15 Ogos 2025. Sebagai langkah seterusnya, pengguna dinasihatkan untuk segera beralih kepada aplikasi baharu MyPB bagi menikmati pengalaman perbankan yang lebih lancar dan selamat. Untuk beralih ke aplikasi MyPB, pengguna diminta untuk mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Muat turun aplikasi MyPB daripada Google Play, App Store atau Huawei AppGallery.
- Log masuk menggunakan kelayakan PBe sedia ada dan daftar PB SecureSign.
- Sahkan notifikasi PB SecureSign dalam PB engage MY untuk pemindahan.
- Aktifkan PB SecureSign melalui cawangan atau ATM (atau terus jika memiliki Hard Token).
- Tunggu tempoh bertenang selama 12 jam sebelum ia berfungsi sepenuhnya.

Public Bank meminta semua pengguna untuk mengambil tindakan segera agar akses kepada kemudahan perbankan tidak terganggu selepas tarikh penamatan PB engage MY.
[sumber] pbebank [/sumber]