Elon Musk Mengacah Pengenalan Ciri Penjanaan Video Dikuasakan AI Dengan Pantas
July 21, 2025
Kecerdasan Buatan
Aman
Elon Musk kini mengacah ciri penjanaan video dengan pantas, melalui ciri dinamakan “Imagine”. Ia dijangka Elon Musk melalui X akan menawarkan ciri janaan video berasaskan teks, dan seterusnya menerbitkan terus pada platform sosial X.
Ini akan memudahkan pengguna menghasilkan dan menerbitkan video. Namun, pada masa yang sama, penghasilan video janaan berasaskan kecerdasan buatan juga dijangka membuat ruangan kepada berita dan informasi palsu.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Elon Musk atau X akan perkenalkan ciri ini pada platform media sosial berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.