CIMB Perkenalkan Pembantu Digital Pertama Dinamakan Sebagai Amira
Amy Maizuraa
CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memperkenalkan Amira iaitu pembantu digital pertama mereka. Ia dibangunkan sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui teknologi terkini.

Menurut kenyataan rasmi, Amira akan mula menghubungi pelanggan terpilih melalui panggilan telefon bagi tujuan peringatan pembayaran dan pembaharuan insurans kenderaan. CIMB memberi jaminan bahawa semua panggilan daripada Amira hanya akan dibuat menggunakan nombor telefon yang telah disenaraikan secara rasmi. Pelanggan turut digalakkan untuk menyemak dan mengesahkan nombor tersebut melalui Pusat Bantuan Pelanggan di laman web rasmi CIMB.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.