Kementerian Kesihatan Ingin Guna AI Dalam Mengesan Kawasan Berisiko Denggi
Aman
Menteri Kesihatan kini berkongsi mengatakan sedang bangunkan sistem berasaskan kecerdasan buatan dalam meramalkan dan mengenal-pasti kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk ancaman denggi. Ini dikatakan sebagai salah satu langkah untuk mengenal-pasti lebih awal, sekaligus mengatasinya secepat mungkin.
Disamping penggunaan sistem berasaskan kecerdasan buatan, Kementerian Kesihatan sedia melakukan program rintis menggunakan nyamuk Wolbachia, yang boleh mengurangkan populasi nyamuk Aedes pembawa denggi.

Selain untuk kawasan berisiko tinggi diancam Denggi ini, sebelum ini Kementerian Kesihatan turut mengatakan sedang pertimbang kerjasama strategik bersama Google dalam menggunakan kecerdasan buatan untuk tujuan kesihatan. Namun, maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak dikongsikan lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.