Finory.tech Dinobatkan Juara TeXnovasi – Cipta Penyelesaian Baharu Dalam Industri Teknologi Kewangan
Amy Maizuraa
Program pemecut anjuran bersama GXBank Berhad (GXBank) dan Grab Malaysia (GRAB), TeXnovasi 2025 telah melabuhkan tirai dengan menobatkan tiga pemenang utama. Program selama enam bulan ini bertujuan untuk membentuk ekositem digital yang lebih menyeluruh, dan menyokong perniagaan baharu dalam merapatkan jurang kewangan yang masih wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.

Finory.tech muncul sebagai juara program TeXnovasi edisi pertama ini melalui teknologi penghuraian penyata pemilikan (propritari) yang direka untuk mengekstrak, mengkategorikan dan menganalisi data kewangan dengan lebih efisien. Platform tersebut memberi pengguna kebolehan untuk memahami dan mengurus kewangan secara mendalam berdasarkan data mereka sendiri.

Di tempat kedua, Swipey yang mengetengahkan inovasi dalam bentuk platform teknologi CFO yang menggabungkan operasi kewangan (FinOps) dan perbankan khusus untuk perusahan kecil dan sederhana (PKS). Ia menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan automasi bagi menawarkan sistem pintar yang membantu PKS agar dapat beroperasi secara lebih cekap dan berskala.

Sementara itu, Cashku yang menduduki tempat ketiga pula menghasilkan sebuah aplikasi perancang kewangan digital yang menyediakan nasihat kewangan, pengurusan bajet dan akses kepada pelaburan secara mudah. Ia disasarkan kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dengan menyediakan pendekatan yang menyeluruh dan berpatutan.

Ketiga-tiga pemenang dipilih hasil daripada proses penilaian berperingkat yang bermula dengan hampir 60 penyertaan dari pelbagai syarikat pemula tempatan. Hanya lima pasukan terbaik yang disenarai pendek ke sesi bimbigan intensif yang melibatkan sesi bersama mentor daripada Grab dan GXBank.

Para perserta turut dibekalkan dengan sesi Master Class merangkumi operasi perniagaan, pelindungan data, keselamtan siber dan strategi pemasaran sebelum model masing-masing dibentangkan pada Hari Demo Day. Barisan juri pula terdiri daripada nama besar industri seperti pelabur dan wakil penganjur.

Sebagai langkah seterusnya, ketiga-tiga syarikat yang menang akan memulakan kerjasama dengan GXBank untuk membangunkan projek prototaip bagi menguji kebolehpasaran penyelesaian ke tahap komersial. GXBank turut mempertimbangkan gabungan inovasi ini kedalam perkhidmatan mereka bagi memberi nilai tambahan menarik buat pelanggan.
Program ini turut mendapat sokongan daripada Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dan 1337 Ventures dalam usaha meningkatkan keberkesanan pelaksanaan terutamanya dari segi bimbingan kepada para peserta.