Vivo X Fold5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 29 Julai 2025
Amy Maizuraa
Vivo telah mengesahkan bahawa telefon boleh lipat terbaharunya X Fold5 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 29 Julai 2025. Pengumuman ini dibuat menerusi kemas kini di media sosial rasmi bersama senarai platform penstriman untuk tontonan pelancarannya.

Dengan slogan kata ‘Light, Slim, Powerful’, vivo menekankan konsep serba boleh yang menggabungkan prestasi tinggi dan kecekapan penggunaan harian. Walaupun tiada spesifikasi penuh didedahkan setakat ini, vivo memberi fokus terhadap ciri menarik yang menyokong produktiviti seperti Origin Workbench, DocMaster dan Smart Call Assistant. Nantikan pelancaran rasmi untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran peranti termasuk harga jualan di pasaran Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.