Snapchat Perkenalkan Ciri Baharu ‘Home Safe Alerts’
Amy Maizuraa
Snapchat memperkenalkan ciri baharu dinamakan Home Safe Alert bagi membolehkan pengguna memaklumkan ketibaan mereka di rumah kepada rakan terpilih. Ciri ini diaktifkan secara manual melalui tetapan lokasi dalam aplikasi dan notifikasi hanya dihantar kepada rakan yang telah dipilih untuk berkongsi lokasi menerusi Snap Map.

Pengguna boleh menetapkan lokasi rumah dengan klik pada Bitmoji mereka di Snap Map kemudian memilih My Home. Selepas lokasi ini ditetapkan, hanya pengguna dan rakan terpilih yang berkongsi lokasi akan dapat melihatnya. Apabila pengguna tiba di rumah, notifikasi akan dihantar sekali sahaja dan dimatikan secara automatik. Ini bagi mengelakkan pemberitahuan berulang setiap kali pengguna pulang.
Snap menyatakan bahawa ciri ini direka dengan mengambil kira privasi pengguna. Notifikasi hanya dihantar kepada rakan yang telah berkongsi lokasi tanpa perlu menghantar mesej secara manual. Ia menjadi pilihan tambahan untuk memaklumkan ketibaan di rumah secara cepat.
[sumber] newsroom snap [/sumber]