Haier Perlihatkan Robot Yang Boleh Lakukan Kerja Rumah – Daripada Memasak Sehinggalah Melipat Baju
Aman
Haier merupakan salah satu jenama yang sedia popular dengan penawaran pelbagai peralatan elektrik untuk digunakan dalam rumah. Tidak setakat itu, kini Haier turut membuat kejutan dan memperlihatkan robot berbentuk manusia mereka, yang dinamakan “HIVA Haiwa”.

Haier menyasarkan robot ini untuk membantu dalam melakukan pelbagai tugasan dan kerja dalam rumah. Antaranya adalah termasuk membantu dalam memasak, menyapu, melipat baju, menyimpan barangan, dan sebagainya.
Robot berbentuk manusia ini hadir dengan penggunaan bahagian kaki beroda dalam memudahkan ia bergerak – berbeza dengan beberapa robot lain yang melangkah seperti manusia. Buat masa ini, robot berkenaan masih dalam fasa latihan, dan buat masa ini pelbagai demo memerlukan jurutera mengawalnya secara jarak jauh.

Ia tidak diketahui lagi bilakah robot ini akan lengkap sepenuhnya, termasuk dari segi data dan keupayaan swaoperasi. Dengan perkembangan pantas dalam arena robotik dan juga kecerdasan buatan, mungkin kita akan melihat Haier memasarkannya dalam masa beberapa tahun ini.