Insta360 Hadir Dengan Sub-Jenama Antigravity – Memfokuskan Dron Bersama Kamera 360-darjah
Aman
Insta360 sedia menjadi salah satu jenama popular dengan penawaran kamera yang boleh merakamkan video dan gambar 360-darjah. Ini sekaligus memudahkan rakaman dari pelbagai sudut pada sesuatu masa, dan menggunakannya dalam penyuntingan untuk video akhir.
Terbaru, mereka turut mengumumkan sub-jenama mereka yang baharu dengan fokus terhadap teknologi dron, dinamakan Antigravity. Produk pertama dibawahnya akan dilancarkan pada bulan Ogos 2025 ini, dan akan menjadi dron panorama 8K pertama di pasaran yang boleh merakamkan visual 360-darjah melalui kamera terbina padanya.
Info penuh berkaitan dengan dron akan datang ini masih tidak dikongsikan lagi. Dengan pengasingan dibawah syarikat Antigravity ini, ia dijangka kita akan melihat lebih banyak penawaran dron menarik oleh sub-jenama Insta360 ini. Sama-sama kita nantikannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.